mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2018 – Hari Bersama Komuniti PI Kg Binjai Bongkok

Tarikh  : 08 Julai 2018 
Masa   : 9.00 pagi – 1.00 petang 
Tempat  : Pusat Internet (PI) Kg Binjai Bongkok 
Peserta  : 67 orang 

 

Tujuan

Mempromosikan PI, Dashboard Komuniti, Klik Dengan Bijak, E-Waste dan portal Sebenarnya.my kepada komuniti setempat di samping mengeratkan lagi perhubungan PI bersama komuniti setempat.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang fungsi dan kelebihan yang terdapat di PI Kg Binjai Bongkok antaranya ialah Taklimat Dashboard Komuniti, Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste & Portal Sebenarnya.my, Taklimat Myshop Bersama Usahawan Sahabat Amanah (AIM), Pemeriksaan Kesihatan, Muat Turun Apps Dashboard Komuniti, Gerai Usahawan dan Pameran TM On Wheel . Selain itu, beberapa pertandingan diadakan bagi menarik penyertaan pengunjung yang hadir untuk menyertai antaranya Puzzle Dashboard Aktiviti, Word Search Dashboard Komuniti, Treasure Hunt Dashboard Komuniti dan Kuiz Dashboard Komuniti, Klik Dengan Biijak (KDB), Mobile e-Waste dan Sebernarnya.my. Majlis penyampaian hadiah juga turut diadakan bagi meraikan semua pemenang pertandingan pada hari tersebut dan penyampaian hadiah kepada pemenang Tempat Pertama Kuiz Dashboard Komuniti Peringkat Negeri Terengganu. Perasmian dan majlis penyampaian hadiah program ini telah disempurnakan oleh Pengurus Perniagaan Negeri, TMPoint Terengganu, YBhg. Dato’ Azrin Bin Haji Khairi dan disaksikan bersama Encik Nazaruddin Bin Abu Bakar, Penolong Pengurus USP Community Program & Enggagement, TM SNS dan Encik Rosli Bin Mat Yaman, Pengurus Wilayah, MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. 

Gambar di sini