Tarikh | : 20 Julai 2018 |
Masa | : 2.45 petang – 3.45 petang |
Tempat | : Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kg Binjai Bongkok |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Mempelajari cara-cara mencari peta satelit kawasan kajian menggunakan Google Maps.
Aktiviti
Memberi penerangan tentang kegunaan, kelebihan dan cara-cara menggunakan Google Maps untuk mencari peta satelit kawasan kajian yang dikehendaki. Peserta dapat menggunakan Google Maps dengan baik dan dapat mencari kawasan yang dikaji sebagaimana yang dikehendaki di dalam tugasan kerja kursus Geografi PT3 2018.