
SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Pusat Sebaran Maklumat Nasiona (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN
♦ Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
♦ Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
♦ Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
♦ Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
♦ Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
♦ Pengenalan asas komputer.
♦ Asas internet.
♦ Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang).
♦ Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan).
♦ Latihan keusahawanan.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Binjai Bongkok


Peta lokasi NADI Kg Binjai Bongkok
KENALI PETUGAS NADI KG BINJAI BONGKOK

PENGURUS
Nama: ROSMAWATY BINTI ABD WAHAB
Mula Berkhidmat: 08 JANUARI 2009

PENOLONG PENGURUS
Nama: NOOR ADILAWATI BINTI IBRAHIM
Mula Berkhidmat: 01 FEBRUARI 2016