Tarikh | : 22 September 2019 |
Masa | : 2.30 petang – 3.30 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kg Binjai Bongkok |
Peserta | : 1 |
Tujuan
Mempelajari cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh secara atas talian.
Aktiviti
Memberi penerangan tentang cara-cara membuat permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk kemasukan Tingkatan 1 dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan tersebut. Peserta berjaya membuat permohonan persekolahan tersebut dengan baik dan mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.