Tarikh | : 13 Oktober 2019 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Tempat | : Dewan Pusat GiatMARA Marang |
Peserta | : 55 pelajar GiatMARA |
Tujuan
Mempelajari cara-cara pemasaran secara atas talian menggunakan medium Instagram.
Aktiviti
Memberi penerangan tentang cara-cara menggunakan Instagram sebagai medium pemasaran peniagaan secara atas talian. Peserta juga turut didedahkan dengan cara menggunakan internet secara berhemah dan jenayah-jenayah siber yang terkini. Peserta dapat berjaya menggunakan Instagram sebagai medium pemasaran secara atas talian untuk mempromosikan peniagaan yang dijalankan dan juga lebih berhati-hati dalam berkongsi data peribadi bagi mengelakkan jenayah siber berlaku.