mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2019 – Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan

Tarikh  : 14 & 15 November 2019 
Masa   : 9.00 pagi – 5.00 petang & 9.00 pagi – 12.00 tengahari 
Tempat  : Pusat Internet (PI) Kg Binjai Bongkok 
Peserta  : 115 orang 

 

Tujuan

  • Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi, MPKK, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang fungsi dan kelebihan yang terdapat di PI Kg Binjai Bongkok antaranya ialah Bengkel Pemasaran Online (Instagram) Bersama Usahawan dan Taklimat Dashboard Komuniti Tempatan, Taklimat Myshop Dashboard Komuniti, Pameran & Taklimat Ringkas Agensi  yang terdiri daripada Jabatan Kesihatan  Pergigian Daerah Marang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marang. Selain itu, beberapa pertandingan diadakan bagi menarik penyertaan pengunjung yang hadir untuk menyertai antaranya Mewarna Gigi Cantik, Writing Article “Pusat Internet Dihatiku”, Pertandingan MyPlace, Puzzle Online, Treasure Hunt dan Pertandingan Pinggan “Suku Suku Separuh”.  Majlis penyampaian hadiah juga turut diadakan bagi meraikan semua pemenang pertandingan pada hari tersebut. Perasmian dan majlis penyampaian hadiah program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Marang, Encik Mohd Hanafiah Bin Mamat dan disaksikan oleh Encik Zulkarnain Bin Adam, Pengerusi KRT Kg Binjai Bongkok dan Cik Norizan Binti Hashim, Pengerusi Ikatan Belia Bersatu Binjai Bongkok (IKBAR).

Gambar di sini