Dinnah kuih tradisional seorang usahawan yang dihasilkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Binjai Bongkok. Dinnah Kuih Tradisional menyediakan makanan dan kuih-muih tradisional pantai timur yang enak seperti tepung pelita, kuih mek comel, kuih ketayap, cekodok pisang, karipap dan pelbagai hidangan kuih-muih tradisional yang lain juga turut dijual. Dinnah kuih tradisional juga menggunakan teknik menjual makanan sejuk beku bagi memudahkan penduduk bandar dan luar bandar menikmati juadah kuih-muih tersebut.
;