mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN 2024 – Mohamad Noor Fahmi Bin Ibrahim

Penternak, Pengeluar & Pengedar Madu Kelulut Trigona Asli Tokmi

 Nama   : Mohamad Noor Fahmi Bin Ibrahim
 Umur  : 31 tahun
 Ahli   : 12 Ogos 2016
 Facebook     : https://www.facebook.com/TrigonaFahmi
 WhatsApp  : https://www.wasap.my/601163342005

Latar belakang

Encik Mohamad Noor Fahmi merupakan ahli NADI yang sentiasa menggunakan perkhidmatan NADI sejak tahun 2016 lagi. Beliau adalah seorang pemandu Grab sepenuh masa dan menjalankan penternakan Kelulut sebagai punca pendapatan sampingan sejak pertengshan 2019. Lot Kelulut yang telah dimiliki sekarang berjumlah 40 dan purata penghasilan madu kelulut adalah sekitar 2kg hingga 4kg sebulan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Promosi yang dijalankan hanyalah kepada ahli keluarga dan juga kenalan yang rapat. Beliau juga merasakan promosi yang dijalankan sangat terhad memandangkan di Negeri Terengganu ini, madu kelulut kurang mendapat sambutan penjualannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. NADI juga mendedahkan kepada beliau kaedah promosi yang boleh dijalankan menerusi aplikasi Facebook Page, TikTok dan WhatsApp for Business yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai perniagaan beliau. Dengan penglibatan ICT dan NADI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM200 hingga RM500 sebulan mengikut musim. Beliau kini semakin berkeyakinan dan berdaya saing dalam membesarkan perniagaan yang dibina.