mcmc
Maklumat Am

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐫𝐭𝐚𝐥 𝐊𝐚𝐣𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐀𝐰𝐚𝐦 – 𝐊𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐃𝟒𝐈𝐑𝐍 & 𝐑𝐓𝐄𝐃𝐌

Untuk makluman, pihak MyDIGITAL Corporation (MyDIGITAL), sebuah agensi di bawah Kementerian Digital, sedang melaksanakan Kajian Separuh Penggal bagi Dasar 4IR Negara (D4IRN) dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM), 2021–2030. Kajian ini dilaksanakan sebagai persediaan memasuki Fasa ke-3 (2026–2030) dan era intelligence age.

Objektif utama kajian ini adalah:

• Untuk mendapatkan pandangan dan cadangan rakyat berkaitan penerimagunaan pendigitalan negara;

• Untuk mengenal pasti tahap kesiapsiagaan masyarakat terhadap teknologi baharu; dan

• Untuk memastikan hala tuju dasar yang dirangka adalah inklusif dan memenuhi keperluan pelbagai pihak.

Oleh demikian, satu Portal Kaji Selidik Awam telah dibangunkan dan boleh diakses secara dalam talian. Kajian ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan dijangka mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk diisi.

Pautan Kaji Selidik: https://survey.rakyatdigital.gov.my/