Untuk makluman, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengadakan satu pertandingan menerbitkan video kreatif imunisasi dengan tema pertandingan adalah “Anda Sihat Kerana Imunisasi Melindungimu”. Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun. Anda yang berminat adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini :http://www.infosihat.gov.my/infosihat/incl/pdf/borang_syarat_video_kreatif_imunisasi_2017.pdf atau datang ke Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Binjai Bongkok. Hadiah lumayan menanti anda!!