mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2026: LIFELONG LEARNING DILEA (SUFIY HAIKAL BIN SHAMSUDIN)

NamaSufiy Haikal bin Shamsudin
Umur13 tahun
Ahli27 Ogos 2025

Latar belakang

Sufiy Haikal bin Shamsudin merupakan pelajar SMK Tun Telanai. Beliau seorang pelajar yang bersemangat untuk meningkatkan prestasi akademik dan sentiasa berusaha mencari peluang pembelajaran tambahan di luar waktu persekolahan. Beliau telah menjadi ahli NADI sejak tahun 2025 bagi memanfaatkan kemudahan dan program yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menyertai kelas Dilea di NADI, Sufiy Haikal lebih banyak bergantung kepada pembelajaran di dalam kelas dan buku teks sebagai sumber utama. Pendedahan beliau terhadap penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah terhad dan kurang menggunakan platform pembelajaran digital secara aktif.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas sesi persekolahan 2026 bermula, Sufiy Haikal berkunjung bersama ibunya di NADI Kampung Binjai Bongkok untuk bertanyakan kelas Dilea Tuisyen Rakyat: Open Tuition. Sufiy Haikal sangat berminat untuk menyertai kelas Dilea Tuisyen Rakyat: Open Tuition tersebut memandangkan beliau baru memulakan persekolahan di peringkat  menengah yang memerlukan pelbagai pendedahan ilmu-ilmu yang baru.

Melalui program ini, beliau dapat mengikuti kelas tambahan secara lebih interaktif dan sistematik, sekaligus membantu meningkatkan kefahaman dalam subjek-subjek yang dipelajari di sekolah. Beliau juga semakin mahir menggunakan ICT sebagai medium pembelajaran, termasuk mengakses bahan pembelajaran digital, menyertai kelas secara dalam talian dan memanfaatkan kemudahan internet untuk tujuan pendidikan.

Gambar di sini