BELAJAR MICROSOFT OFFICE ( WORD, EXCEL & POWERPOINT), MEMBUKA AKAUN EMAIL DAN E-REZEKI
Nama | : Rosmani Binti Hussain |
Umur | : 48 tahun |
Ahli | : 30 Oktober 2017 |
Latar belakang
Puan Rosmani menjadi ahli di Pusat Internet (PI) Kg Binjai Bongkok setelah mengetahui peluang-peluang yang memberikan keuntungan kepada beliau untuk mempelajari dan meningkatkan pengetahuan ICT. Beliau berusaha untuk meningkatkan pengetahuan ICT beliau bersesuaian dengan peredaran tahap pendidikan semasa. Beliau juga menghadiri kelas yang diadakan di PI Kg Binjai Bongkok untuk memahirkan diri menggunakan Microsoft Office sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menggunakan komputer dan juga pengetahuan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kurang mahir menggunakan komputer dan tidak mengetahui kelebihan-kelebihan menggunakan perisian-perisian komputer terutama Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau telah dapat menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) dengan baik dan semakin mahir malahan dapat menyiapkan latihan-latihan yang disediakan. Beliau juga semakin bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baharu malah sangat teruja dalam menambah kemahiran ICT. Beliau turut diperkenalkan platform terbaharu untuk menjana pendapatan secara digital iaitu eRezeki dan juga Dashboard Komuniti PI dan kegunaannya.