Tarikh | : 23 Mac 2018 |
Masa | : 3.00 petang – 6.00 petang |
Tempat | : Bilik Latihan PI1M Kg Binjai Bongkok |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Memperkenalkan platform eRezeki dan fungsinya kepada komuniti dan membuat pendaftaran sebagai pekerja eRezeki untuk menjana pendapatan secara digital.
Aktiviti
Memberi taklimat tentang cara-cara mendaftar dan penerangan berkaitan dengan program eRezeki serta kelebihan mendaftar sebagai pekerja digital melalui platform eRezeki. Peserta juga diberi penerangan mengenai cara-cara menjadi pekerja digital menerusi pelbagai aplikasi yang disediakan di dalam platform eRezeki. Peserta dapat memahami fungsi platform eRezeki dan mendaftar sebagai pekerja digital eRezeki di atas talian secara cepat dan efisien dengan mengikut cara yang betul.