BELAJAR INTEL LEARN EASY STEPS (ILES), MICROSOFT PUBLISHER, ADOBE PHOTOSHOP & POWTOON.COM
Nama | : Muhammad Azzaruddin Bin Abdul Rahman |
Umur | : 14 tahun |
Ahli | : 07 Disember 2016 |
Latar belakang
Muhammad Azzaruddin menjadi ahli yang sangat aktif di Pusat Internet (PI) Kg Binjai Bongkok dan sentiasa menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan di PI setelah mengetahui kelebihan mengenai kewujudan PI. Beliau sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan ICT beliau bersesuaian dengan peredaran tahap pendidikan semasa. Beliau juga menghadiri kursus Intel Learn Easy Steps (ILES) untuk memahirkan diri menggunakan Microsoft Office sebagai salah satu langkah persediaan untuk meningkatkan keyakinan diri dan juga pengetahuan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kurang mahir menggunakan komputer dan tidak mengetahui kelebihan-kelebihan menggunakan perisian-perisian komputer yang disediakan di PI terutama Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint untuk kemudahan urusan harian dan hanya menggunakan Youtube sahaja ketika berada di PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah dapat menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) dengan baik dan semakin mahir malahan dapat menyiapkan latihan-latihan yang diberikan. Beliau juga semakin bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baru untuk menyunting gambar dan membuat poster dengan menggunakan Microsoft Office Publisher, Adobe Photoshop dan menyertai pertandingan membuat poster Dashboard. Beliau juga mengikuti kelas dan pertandingan mereka video melalui Powtoon.com.