BELAJAR CARA MEMBUKA AKAUN GMAIL, SHOPEE AFFILIATE DAN CANVA.COM
Nama | : Masitah Binti Awang |
Umur | : 37 tahun |
Ahli | : 12 Oktober 2023 |
Latar belakang
Puan Masitah sentiasa mengunjungi NADI Kg Binjai Bongkok untuk menggunakan perkhidmatan di NaDi terutamanya untuk mengisi borang-borang keperluan. Beliau juga berminat untuk menghadiri kelas-kelas yang diadakan di NADI untuk meningkatkan kemahiran ICT beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Mempunyai pengetahuan asas Microsoft Office Word 2010. Beliau kurang pengetahuan tentang aplikasi-aplikasi atas talian yang dapat digunakan dalam memudahkan urusan seharian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau telah hadir ke NADI Kg Binjai Bongkok untuk mengikuti kelas Shopee Affilate dan kelas asas aplikasi Canva. Petugas NADI turut memberi pendedahan kepada peserta cara-cara untuk membuka akaun emel Google yang baharu dan juga memberi tunjuk ajar cara memasukkan akaun emel di telefon pintar bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.