mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT SUKU KE 4 2022 – Muhammad Faiszie Bin Zaims Dean

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD DAN EXCEL), ENJIN CARIAN GOOGLE, WHATSAPP WEB & TELEGRAM WEB

Nama  : Muhammad Faiszie Bin Zaims Dean
Umur  : 17 tahun
Ahli  : 01 Disember 2022

 

Latar belakang

Adik Muhammad Faiszie Bin Zaims Dean merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki SPM pada Mac 2023. Beliau sangat memerlukan tunjuk ajar dalam menggunakan Microsoft Office untuk sesi pembelajaran di sekolah dan juga tugasan SPM yang perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hanya mempunyai pengetahuan yang sangat asas mengenai perisian Microsoft Office 2010 (Word, Excel dan Powerpoint).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas Pengenalan Kepada Komputer dan juga Dekstop Publishing kepada beliau. Beliau semakin mahir dalam mengaplikasikan kegunaan perisian-perisian tersebut dan ianya memudahkan beliau untuk menyiapkan tugasan sekolah beliau dalam masa yang singkat.  Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang ICT dan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan beliau secara tidak langsung. Selain itu beliau turut didedahkan untuk menggunakan aplikasi-aplikasi atas talian yang sangat memudahkan urusan harian seorang pelajar iaitu CANVA, Telegram Web dan juga WhatsApp Web.