BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2021 (WORD, EXCEL & POWERPOINT), ENJIN CARIAN GOOGLE, WHATSAPP WEB & CANVA.COM
Nama | : Nurul Nur Hazwani Binti Kamaruddin |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 18 Mei 2024 |
Latar belakang
Cik Nurul Nur Hazwani mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan penguasaan ilmu ICT beliau sebelum memasuki alam pekerjaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Penggunaan dan penguasaan Microsoft Office (Word, Excel dan Powerpoint) beliau sangat terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau telah mengambil peluang untuk mempelajari Asas Microsoft Office 2021 (Word, Excel dan Powerpoint) di NADI Kg Binjai Bongkok secara teori dan juga praktikal bagi meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan perisian tersebut. Kemahiran ini juga dapat membantu beliau untuk lebih bersedia untuk menghadiri sebarang temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, beliau juga telah menyertai kelas Asas Aplikasi Canva bagi mempelajari kegunaan aplikasi tersebut.