MENGIKUTI KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR, MAHIR MASAK, NADI E-SUKAN & CYBERSECURITY
Nama | : Umi Aswati Binti Omar |
Umur | : 44 Tahun |
Keahlian NADI | : 05 Januari 2011 |
Latar belakang
Puan Umi Aswati merupakan seorang surirumah dan juga usahawan popia simpul yang dijalankan secara kecil-kecilan di rumah. Beliau sering mengunjungi NADI Kampung Binjai Bongkok untuk mendapat info-info terkini dan juga menggunakan perkhidmatan-perkhimatan yang terdapat di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Tidak mahir menggunakan papan kekunci dan juga tetikus.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau telah hadir ke NADI Kampung Binjai Bongkok untuk mempelajari cara mengunakan komputer dan peralatan asas dengan cara yang betul. Selain itu, beliau sangat teruja menyertai kelas-kelas 5Pillars di NADI Kampung Binjai Bongkok. Antara kelas yang disertai adalah MAHIR Pertanian Pintar, Cybersecurity dan Kesejahteraan Kendiri. Selain itu beliau juga berminat untuk menyertai kelas-kelas 5Pillars yang lain pada masa akan datang.


