mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT SUKU KETIGA 2025 – PUTRI NUR AZYAN BINTI MOHAMMAD AZHAR

MENGIKUTI KELAS 5PILLARS KIDVENTURE, KELAS KESEDARAN KEMPEN INTERNET SELAMAT & NADI E-SUKAN

NamaPutri Nur Izyan Binti Mohammad Azhar
Umur9 tahun
Keahlian NADI26 Februari 2025

Latar belakang

Adik Putri Nor Azyan mengunjungi NADI Kampung Binjai Bongkok pada awalnya apabila perlu melakukan tugasan sekolah yang diarahkan guru seperti menduduki peperiksaan secara atas talian. Selain itu beliau juga hadir ke NADI untuk mencari bahan di internet dan menemani ibunya ke NADI untuk mendapatkan perkhidmatan NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Tidak mahir menggunakan papan kekunci dan tetikus. Tiada keyakinan dalam menggunakan kemudahan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau telah hadir ke NADI Kampung Binjai Bongkok untuk mempelajari cara mengunakan komputer dan peralatan asas dengan cara yang betul. Selain itu, beliau sangat teruja menyertai kelas-kelas 5Pillars di NADI Kampung Binjai Bongkok terutamanya yang boleh melibatkan pelajar sekolah seperti Kidventure, Kempen Internet Selamat, E-Sukan, Cybersecurity dan Tiny Techies. Selain itu beliau juga berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti lain yang diadakan di NADI dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan dirinya dalam menggunakan komputer dan kemahiran ICT.