mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT SUKU PERTAMA 2025 – MOHAMAD UWAIS BACKRY BIN MOHAMAD SAIDI

MENGIKUTI KELAS ASAS KOMPUTER, TINY TECHIES MENTOR, NADI E-SUKAN & CYBERSECURITY

Latar belakang

Adik Mohamad Uwais Backry merupakan pelajar Sekolah Rendah Bukit Payong. Beliau seorang yang sangat aktif dan suka mempelajari sesuatu yang baru. Belioau berkunjung ke NADI Kampung Binjai Bongkok untuk mempelajari ilmu-ilmu ICT yang terkini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Tidak mahir menggunakan papan kekunci dan juga tetikus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau telah hadir ke NADI Kampung Binjai Bongkok untuk memepelajari cara mengunakan komputer dan peralatan asas dengan cara yang betul. Selain itu, beliau sangat teruja untuk mencuba sesuatu yang baru untuk meningkatkan kemahiran beliau agar dapat mengaplikasikannya sewaktu kelas komputer di sekolah.