mcmc
Kemudahan Asas

KEMUDAHAN BAS PINK @ BAS.MY

Merupakan jenama perkhidmatan bas berhenti-henti di bawah inisiatif Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (Stage Bus Service Transformation, SBST) oleh Kerajaan Persekutuan sebagai usaha untuk menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti agar lebih efisien.

Kemudahan bas yang disediakan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pergeakan komuniti luar bandar untuk bergerak ke pusat bandar. Ianya juga dapat memudahkan pergerakan pelancong untuk melihat keunikan Negeri Terengganu selain memudahkan urusan pekerja yang bekerja di pusat bandar khasnya.

Terdapat 9 laluan yang disediakan dan mengikut waktu penjadualan yang ditetapkan serta diumumkan bagi memudahkan penduduk untuk merancang perjalanan seharian.

Lampiran lokasi perjalanan bas dan waktu perjalanan bas boleh dilihat di sini.