mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN 2023 – Salimah Binti Ismail

page

 Makanan Basah (Cili Boh Cap Tomato)

 Nama   : Salimah Binti Ismail
 Umur  : 40 tahun
 Ahli   : 18 Ogos 2022
 Facebook     : https://www.facebook.com/salimahbintiismail.salimah
 WhatsApp

 : https://wa.me/message/LVU7W7BT7VJCA1 

 

Latar belakang

Puan Salimah binti Ismail menjalankan perniagaan membuat cili kisar atau cili boh yang dijenamakan dengan Cili Boh Cap Tomato. Pemasaran yang dijalankan beliau terhad kepada keluarga terdekat dan juga kenalan setempat yang mengenali beliau dan keluarga beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan yang diperolehi agak berkurangan sedikit disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara kerana beliau tidak tahu cara untuk menjalankan pemasaran atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. PEDi juga mendedahkan kepada beliau kaedah promosi yang boleh dijalankan menerusi aplikasi Facebook Page, Instagram Business dan WhatsApp for Business yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai perniagaan beliau. Dengan penglibatan ICT dan PEDi, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 dan ke atas.

page