Pes Gulai Kawah Kak Wan
Nama | Nor Saibah Binti Mohd Hayati |
Umur | 35 tahun |
Keahlian NADI | 14 Mei 2025 |
https://www.facebook.com/share/1AN9WNfQoU/ | |
https://www.wasap.my/60199997322 |
Latar belakang
Puan Nor Saibah merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menghasilkan pes Gulai Kawah Kak Wan Frozen yang diinovasikan daripada resepi air tangan ibunya. Beliau telah memulakan perniagaannya pada tahun 2021.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Promosi yang dijalankan hanyalah kepada ahli keluarga dan juga kenalan yang rapat. Penghasilan pes secara sejuk beku juga menghadkan beliau untuk memasarkan produk secara meluas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau telah menghadiri kelas Keusahawanan yang disediakan di NADI Kampung Binjai Bongkok. Selepas menghadiri kelas keusahawanan beliau lebih memahami cara untuk menyediakan rancangan perniagaan dan juga portfolio perniagaan. Selain itu beliau juga lebih bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih berkeyakinan. Pendapatan juga semakin meningkat dengan penghasilan Pes Gulai Kawah Kak Wan dengan menggunakan proses retort yang lebih memudahkan penyimpanan dan juga penjualan produk tersebut. Jika dulu pada permulaannya bermodalkan RM1000 kini pendapatan beliau meningkat kepada RM2000 dan ke atas sebulan.