mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN 2025 – NOR NADHIRAH BINTI HASHIM

NADDY BAKQUE (Pembuat Aneka Kek)

Latar belakang

Cik Nor Nadhirah telah memulakan perniagaan beliau pada tahun 2021 setelah menamatkan pengajiannya di UniSZA. Beliau menjual pelbagai jenis kek mampu milik yang menjadi permintaan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Promosi yang dijalankan hanyalah kepada ahli keluarga dan juga kenalan yang rapat. Beliau juga merasa agak rendah diri memandangkan beliau baru menghabiskan pengajiannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau telah menghadiri kelas Keusahawanan yang disediakan di NADI Kampung Binjai Bongkok. Selepas menghadiri kelas keusahawanan beliau lebih memahami cara untuk menyediakan rancangan perniagaan dan juga portfolio perniagaan. Hal ini secara tidak langsung membolehkan beliau melihat perkembangan perniagaan beliau dari semasa ke semasa. Bermodalkan kurang dari RM1000 kini beliau berjaya meningkatkan pendapatan perniagaan beliau melebihi RM3000 sebulan.

Video di sini