
Kopi Nisang Asli Terengganu merupakan jenama kopi yang diusahakan oleh Nachik Cikna, yang terkenal dengan usaha keras dan semangat untuk mengangkat tradisi kopi nisang asli Terengganu.
Jenama ini menawarkan kopi nisang tradisional yang dibuat dengan resipi yang di R&D sendiri, memberikan penggemar kopi rasa yang autentik dan berbeza.
Nachik Cikna – Pengasas Kopi Nisang Asli
Kopi Nisang Asli viral ini juga telah mendapat tempat di kalangan penduduk setempat dan juga pelancong yang mengunjungi Terengganu khususnya Daerah Marang. Lokasinya yang terletak di Lemboh Nisang mempunyai tarikan yang tersendiri dan mempengaruhi pengunjung untuk berkunjung ke lokasi tersebut. Perusahaan ini juga mempunyai dua cawangan dan beropersi di Noor Arfa Batik, Chendering dan juga Petron Bukit Payong bagi memudahkan penggemar kopi nisang untuk menikmatinya sekiranya tidak berkesempatan ke Lemboh Nisang. Terdapat juga menu-menu lain seperti dodol daun palas, bahulu, tepung gomok dan pelbagai lagi kuih muih tradisional terengganu yang berasaskan nisang atau gula melaka turut dijual.

(Sumber: Kopi Nisang Asli Terengganu)
