Tarikh | : 01 Disember 2018 |
Masa | : 8.30 pagi – 2.30 petang |
Tempat | : Pusat Internet (PI) Kg Binjai Bongkok |
Peserta | : 90 orang |
Tujuan
Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, Agensi, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang fungsi dan kelebihan yang terdapat di PI Kg Binjai Bongkok antaranya ialah Taklimat Pemakanan Sihat, Pemeriksaan Kesihatan dengan kerjasama GPharmax dan Pemeriksaan Mata dengan kerjasama Alia Optometris. Selain itu, beberapa pertandingan diadakan bagi menarik penyertaan pengunjung yang hadir untuk menyertai antaranya Senamrobik, Sandwich Makeover, Kuiz Kesihatan Kahoot, Treasure Hunt, Mewarna Bertemakan Kesihatan, Slot Bersama Ushawan dan Artikel Kesihatan. Majlis penyampaian hadiah juga turut diadakan bagi meraikan semua pemenang pertandingan pada hari tersebut dan penyampaian hadiah kepada pemenang saguhati Kuiz Dashboard Komuniti (MyHealth) Peringkat Negeri Terengganu. Perasmian dan majlis penyampaian hadiah program ini telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Alor Limbat, Tuan Hajii Adnan Bin Mohd Amin dan disaksikan bersama Encik Abdul Karim Bin Ibrahim, Setiausaha Majlis Daerah Marang dan Cik Norizan Binti Hashim, Pengerusi Belia Ikatan Belia Bersatu Alor Bongor (IKBAR).