Tarikh | : 03 Mac 2018 |
Masa | : 4.00 petang – 5.30 petang |
Tempat | : PI1M Kg Binjai Bongkok |
Penglibatan | : Pihak Pengurusan TM Terengganu |
Pihak Pengurusan TM SNS (UPM) | |
Pihak Pengurusan MSD Wilayah Timur |
Tujuan
Lawatan ringkas Pengerusi TM Berhad, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman Bin Mahbob sempena kunjungan YBhg. Tan Sri ke Negeri Terengganu dan berkenalan dengan fungsi, perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti di PI1M Kg Binjai Bongkok.
Aktiviti
Memberi penerangan ringkas kepada YBhg. Tan Sri dan Pihak Pengurusan TM Terengganu berkaitan dengan fungsi, perkhidmatan yang disediakan dan aktiviti-aktiviti yang boleh dan telah dijalankan di PI1M Kg Binjai Bongkok serta Kluster Marang. Pihak PI1M juga menyediakan jamuan minum petang sempena meraikan kedatangan YBhg. Tan Sri ke PI1M.