Tarikh | : 25 Mei 2018 |
Masa | : 2.30 petang – 3.30 petang |
Tempat | : PI1M Kg Binjai Bongkok |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Mempelajari cara-cara memuat turun gambar melalui Whatapps Web dan suntingan imej.
Aktiviti
Memberi penerangan mengenai cara-cara menggunakan aplikasi Whatsapp Web untuk memuat turun gambar yang terdapat di telefon pintar dan seterusnya menyunting gambar-gambar yang diperlukan menggunakan Microsoft Office Word. Peserta dapat menggunakan kemudahan aplikasi telefon pintar terkini untuk memudahkan urusan seharian.Suntingan gambar menggunakan Microsoft Office Word juga menjadi lebih mudah dan menarik mengikut kehendak peserta.