Tarikh | : 23 & 24 Ogos 2019 |
Masa | : 9.00 pagi – 6.00 petang & 9.00 pagi – 1.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet (PI) Kg Binjai Bongkok |
Peserta | : 143 orang |
Tujuan
Mempromosikan PI, Dashboard Komuniti, Klik Dengan Bijak, e-Waste, MyFreeview TV dan MIV kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang fungsi dan kelebihan yang terdapat di PI Kg Binjai Bongkok antaranya ialah Taklimat Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste, Portal Sebenarnya.my & Myfreeview TV, Taklimat Graphic Make Over Bersama Usahawan Tempatan, Taklimat Myshop Dashboard Komuniti, Pameran & Taklimat Ringkas Agensi yang terdiri daripada Jobs Malaysia, Giat Mara, Ar-Rahnu YaPEIM, Perpustakaan Desa Tasek dan Maidam, Pemeriksaan Kesihatan dan Muat Turun Apps Dashboard Komuniti. Selain itu, beberapa pertandingan diadakan bagi menarik penyertaan pengunjung yang hadir untuk menyertai antaranya Mewarna Independent Day, Puzzle Online, Writing Article, DIY Origami Online dan Treasure Hunt Dashboard Komuniti dan Kuiz Dashboard Komuniti, Klik Dengan Biijak (KDB), Mobile e-Waste dan Sebernarnya.my. Majlis penyampaian hadiah juga turut diadakan bagi meraikan semua pemenang pertandingan pada hari tersebut dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Perasmian dan majlis penyampaian hadiah program ini telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Alor Limbat, Tuan Haji Mohd Adnan Bin Mohd Amin dan disaksikan bersama Encik Zauqi Bin Mat Zin, wakil TM SNS Telekom Berhad dan Encik Mohd Aiezam Bin Rajali, wakil Pengurusan Wilayah Timur MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.