Tarikh | : 22 Julai 2017 |
Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi | : PI1M Kg Binjai Bongkok |
Tujuan
Memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti serta mempromosikan program Klik Dengan Bijak & e-Waste kepada masyarakat setempat.
Aktiviti
Mengadakan beberapa program kecil yang menarik perhatian para pengunjung untuk menyertainya seperti Taklimat e-Waste, Tayangan Video KDB, Taklimat Dashboard Komuniti, Pemeriksaan Kesihatan dan Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti. Kami juga mengadakan beberapa aktiviti sampingan yang boleh disertai oleh para pengunjung seperti Multimedia Creative, Puzzle Dashboard Komuniti, Word Search Dashboard Komuniti, Explorace Dashboard Komuniti, Jejak Usahawan (Myshop) dan juga Kuiz Dashboard Komuniti. Para peserta dapat memahami apa yang disampaikan dengan baik dengan berjaya menjawab soalan-soalan dalam setiap pertandingan yang diadakan dengan baik.